1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Khamis, 22 Januari 2009
9 Jenis Anak Syaitan
Selasa, 20 Januari 2009
12 golongan bangkit dari kubur
Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-
1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga kita berada dalam golongan orang yang beramal soleh. InsyaAllah.
Isnin, 19 Januari 2009
10 wasiat Imam Shafie
Barang siapa ynag ingin meninggalkan dunia ini dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut
- hak kepada diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan ,mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
- hak kepada malaikat maut iaitu mengqada’kan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafakan daripada mereka yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah.
- hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah,membuang tabiat kencing merata-rata, membantu orang yang dizalimi dan memperbanyakkan solat tahajjud
- hak kepada munkar nakir iaitu tidak berdusta meninggalkan maksiat dan nasihat –menasihati
- hak kepada mizan iaitu menahan kemrahan ,banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggunp menanggung kesulitan
- hak kepada sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara’, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah
- hak kepada malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibu bapa,bersedekat ketika terang atau sembunyi dan memperelokkan akhlak
- hak kepada ridhwan iaitu merasa reda; denagan qada’ dan qadar Allah, bersabar mendapat bala’,bersyukur terhadap nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat
- hak kepada Rasul Allah iaitu berselawat keatas baginda, berpegang kepada syariat, bergantung kepada sunnah ,menyayangi para sahabat baginda dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah
- hak kepada Allah iaitu mengajak menusia ke arah kebaikan ,mencegah manusia daripada kemungkarang,menyukai ketaatan dan membenci memaksiatan.
Ahad, 18 Januari 2009
SEDIHNYA... MAK...MAK...i love you.
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk sahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter
dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm... rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran
siam.....
kengkadang siaran indonesia... mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu digunakan
untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak basuh tangga rumah bersih².....
pastu mak jemur karpet dan yang paling menarik sekali mak kabo
kat maner
sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakann bila mak kabo duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak juga
eeemmm.. bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba² sakit
perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL..... mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap tak mboh pi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak tak mboh duduk dalam hospital.....
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor... ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut ajer..
Mak tetap tak bersetuju..... mak memang degil...
tak salah anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
mak sakit perut sampai nak sentuhh perut mak pun sakit...
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....
Mak..... ampunn kan kami semua... kami nak mak sehat...
kami sayang mak... kami tak moh mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....
Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan
terakhir
kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak bila kiter kata
nak beli kereta....
Mak asyikk tanya ajer.. cukup ker duitt.. kiter jawap pula...
kalau tak cukupp mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai..... mak buat kenduri
kesyukuran.....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar keling naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali kabo kat mak.....
Bila balik sahaja kampong, kiter cecepat simpan keta dalam
garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kiter kemek... mak tanya
kenapa...?
Selamba bodoo jerr kiter jawap terlangar pokok bunga.....
Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar..
mak kiter menipu mak kan... ampun kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain
putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann... kann.. kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam
keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan pun rasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa² terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal jadi jalan tu lenggang..
kosong.... sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu
lain benar suasana nya.....
terasa syahdu dan sayu gitu... dinginnnn....
Mak.....
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak² mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh
mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk... jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat
gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni.. tapi kiter kawal supaya tak menitik
atas mak....
Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat opiss... baru pukul 7.08 pagi....
Takder orang lagi kat opis ni..... kiter sedih... kiter rindu kat
mak..!
Takpa la..... nanti bila kiter dah boleh sembanyang kiter baca
yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selama nya....
Semua anak² mak mengelilingi mak... menatap wajah mak buat kali
terakhir....
Semua orang kata mak seolah² senyum aja...
Mak rasa tak.... masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak... kiter tak daya....
Airmata kiter tak boleh tahan....
Jam 12 tengahari mak di turun kan dari rumah....
kaki kiter terus lemahh... dunia terasa berputar... tiba² kiter
rasa gelap...
Jam 5.00 petang....
Bila terjaga kiter rasa kepala berdenyut denyut...
badan terasa panas... mata semakin kecil...
makk... anak mak demam nih..!
Mak tauu... cuma kiter sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak
ke tanah perkuburan...
Akak kata kiter pengsan...
Terkilan.. terkilan sungguh terkilan...
Kenapa kiter lemah..?
kenapa anak mak yang lain tidak begitu..?
kenapa adik boleh bertahan..??
Mak.....
Hari² kiter lalui tanpa keujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak... boleh kata setiap malam selepas
maghrib
anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap.... masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin....
entah kenapa kiter keluarkan gambar² mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat di bendung...
Mak tauu... kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri
tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
Mak... gila kah anak mak ini..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak.. kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.. nanti
kalau gini ajer, mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak² nya...
Mak tau tak...
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat....
menusuk nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak....
cukup la sampai sini dulu....
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula² kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter kabo....
hantar la kat Majalah Kedai Enzinetuuuu....
betul jugak..!
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak... kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu... sebab boss kiter dah maghi...
akhir kata untuk mak... I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana
membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk universiti.. sampai kiter pandai mengoratt...
sampai kiter kerja gomen.. sampai kiter pandai bertenettt
gitu.....
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih.
Yang Benar,
~Anak mak yang dah tak degil~
Sabtu, 17 Januari 2009
~Buat Seorang Teman~
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..
Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yg diimpi,
Seorang serikandi..
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu..
Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yg menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?
Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yg ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yg menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?
Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,
Dan engkau
Sedikit cuma..
Andai Dia yg engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan
I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yg terbaik..
Lantaran DIA yg terbaik
DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,
Dan andai dia yg terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yg terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?
Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membenci munkarmu itu,
Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,
Aku menegur yg mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama2 meredah lautan api,,,
Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik
Sama2lah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHualam.
Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah andai DIA
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di
Pertemuan di taman Syurga yg Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yg sebenar
Insya ALLAH!!
Khamis, 15 Januari 2009
Cinta Yang Tak Terlafaz
Kadangkala...
Orang yang paling mencintaimuAdalah orang yang tak pernah
Menyatakan cintanya padamu
Kerana orang itu takut
Kau berpaling dan menjauhinya.
Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu…
Kau akan menyedari dia adalah...
Cinta yang tidak pernah kau sedari….
nilai sebuah PERSAHABATAN

