Khamis, 2 April 2009

LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

Dari Hatim Al-Asom :

"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat , maka ia termasuk sunnah Rasulullaah saw

1) Memebri makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bilaa telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.

LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL -BALKHI

"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :
1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3) Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4) Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya."

HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA

Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :
1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat.

Isnin, 9 Februari 2009

CINTA KITA CINTA PERJUANGAN...!!!!



  • "Enti menangis..?" "Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia." "Habis, mata enti berair?" "Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair." Aku tersenyum... Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan 'masuk habuk' yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku. "Ana tahu enti menangis.." "Tidak!!!
    Tak faham-faham ke?!"

    Dia tiba-tiba membentak.

    "Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak.
    Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama.." "Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan..." "Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?" "Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..." "Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?" Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku. "Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..." Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?
    *********************************

    "Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!" Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya. "Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?" Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak. "Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?" Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap 'hangat' pada malam ini. "Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai'ah? Bezanya, bai'ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!" "Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?" "Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu." "Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz." Dia menamatkan 'soalannya' lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.
    ********************************************


    "Kau kenal dia Abdullah?" Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah. "Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!" Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki. "Jawab soalan aku dulu.." "Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta." Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya. "Jawab soalan aku dulu.." Aku memohon untuk kali kedua. "Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan 'kalah' dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!" "Jawab soalan aku dulu.." Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya. "Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam..." "Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan." "Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka.." Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya. "Lagi.. negatifnya?" "Negatifnya.. banyak.." Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung, "Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu..." "Apa dia..? Negatifkah?" "Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan... rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi." "Gerakan militankah?" "Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat 'hazar' yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!" "Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?" "Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!" "Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?" Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah. "Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai'ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!"
    *****************************************

    Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku? "Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?" "Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.?" "Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya..." Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal. "Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya' ana sudah mempunyai 'ikatan' di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti." Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu. "Ustaz tidak main-mainkan ana?" "Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain." "Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..." Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi 'perisik' ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.
    ********************************

    Sudah lima bulan aku di bumi ambiya', suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya' ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya.. "Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..." dan dia akan terus menyambung, "Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..." Dan biasanya aku akan 'cemburu' dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cuber Café yang menjadi rumah 'kedua' ku. Ku buka laman web Utusan o­nline, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, "SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV" Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : "you have 1 unread message" Namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan. "Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. 'Dia' yang kau amanahkan padaku untuk 'tengok-tengok' telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan diysaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah.. tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!" Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas, "Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!"Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita! - TAMAT...

    Inilah cinta kita...cinta mereka yang inginkan cinta Allah..cinta yang tiada taranya..cinta yang mengatasi segala apa di dunia..cinta syahid yang membara..cinta bertemu di syurga

Jumaat, 6 Februari 2009

Kisah Sedih Part 2

03 Februari 2001

Ayah...
Hari ini genap lapan bulan ayah pergi...
Kenapa ayah harus pi ikut mak...?
ayah rindu kat mak ya..?
Ayah sunyi di tinggal sengsorang ya...?
Tapi kan ada kakak...ada abang...ader cucu² ayah kat rumah tu.
Kenapa ayah sejak akhir² itu jadi seorang yang pemarah?
Ayah selalu marah kalau cucu² ayah bising, ayah selalu kata akak masak tak sedap laa...itu laa...ini laa.
Tapi memang la tak sedap sebab tak masin, kan ker ayah darah tinggi. Mana boleh makan sesedap.

Kami sayang ayah...
Kami tak mahu ayah sakit, takper la kalau makan tak sedap...yang penting kesihatan ayah terjaga.
Tapi ayah degil..asik nak makan sedap ajer.

Sebenarnya itu adalah permintaaan terakhir ayah..kami tak tau..kalau kami tau hanya takat itu ajer usia ayah...
nescaya apa saja ayah nak kami sediakan...apa saja ayah cakap kami ikutkan...kami tak tahu ayah..
Maafkan kami anak² ayah semua...

Hari tu 3 hari sebelum ayah pergi ikut mak, ayah cakap kat akak ayah nak makan bubur pastu goreng ikan gelama masin dan akak terpaksa gorengkan ikan masin tu sebab kesihan nengok ayah, itu pon setelah ayah minta berkali kali pastu bila siap ayah makan banyak.. nampak begitu berselera ayah makan.

Khamis Jun 01, 2000

Ayah...ni cucu ayah Firdaus yang citer.

Tengahari tu atuk makan tengahari lewat...pukul 3 petang, lepas makan cam biasa atuk dok kat kusi depan tv pastu atuk cakap

"Fir..hari ni kenyang betul atuk, makan habis sepinggan nasi biasa tak abis...sedap lak mak Anjang kau masak ari nie"

Fir cuma senyum ajer sambil tengok tv pastu sejam kemudian tiba² atuk kata dia rasa cam nak pitam dan atuk cakap nak baring, fir amikkan bantal untuk atuk dan biarkan atuk baring tapi ntah camner masa nak baring tu atuk cam terduduk dan terus terbaring,
pastu atuk diam jer...fir ingat atuk tak apa²...fir ingat atuk baring terus tidur...pastu petang tu mak anjang balik dari kerja dan selesai sembahyang asar mak Anjang nak panggil atuk minum petang tapi atuk tak nyahut pastu fir gerakkan badan atuk..atuk diam jer...
pastu bila mak Anjang nengok rupa nya atuk dah tak sedar. Mak Anjang panggil abah dan hantar atuk pi hospital.

Ayah...
Seperti biasa jam 7.05 petang saya kat rumah sedang makan nasi lemak..lauk sedap..sambal kentang campur ikan bilis dan ayam rendang. Tiba² telefon berdering saya angkat...emmm rupanya akak kat kampong telefon, dia kata ayah jatuh dan masuk hospital, dia suruh saya balik juga tapi pandu perlahan². Pendek ajer pesanan akak tu...tapi saya faham mesti ayah kritikal tu sebab mustahil akak akan benarkan saya pandu memalam, dia tau saya takleh dan tak pernah memandu malam, saya tak tahan nengok silau dari kereta depan. Masa tu jugak selera saya terus tertutup saya amik beg..masukkan 2 helai t/shirt dan apa yang patut pastu pakai jeans dan t/shirt dan sarungkan baju sejuk...tunggu sebentar untuk solat maghrib pastu terus keluar menuju ke Klang dan tugas saya seterusnya tunggu adik pulak dari Kajang.

Jam 10 lebih malam baru adik sampai Klang...kasihan dia penat agaknya balik kerja naik bas pastu jalan pulak jemm..dan malam tu juga dekat jam 1.00 pagi kami sampai kampong.

Ayah nak tau, saya terpaksa pandu laju sebab saya nak kejar kereta di depan sebagai panduan saya, sebab saya tak boleh agak jalan kat depan samada simpang atau selekoh tanpa panduan kereta di depan, saya takleh agak dan saya juga tak bawak spek, itulah pertama kali saya drive long distance ayah. Alhamdullilah akhirnya anak ayah selamat sampai.

Jumaat Jun 02, 2000

Ayah...jam 7.00 pagi saya dah sampai ke hospital. Saya lihat ayah terlantar, wayar bersimpang siur di mulut, hidung dan tangan ayah..Aduhaii kenapalah badan ayah terlalu kurus, saya rasa tak sampai 3 minggu lepas adalah kali terakhir saya balik kampong, begitu cepat ayah berubah, saya ingat lagi, masa saya salam ngan ayah ari tu..ayah pesan pandu baik², jangan nak memotong ajer..kalau ada lori besar atau bas ayah cakap toksah potong..ikut ajer dari belakang...bawak bersabar..saya ingat lagi...saya senyum aja masa tu ayah dok kat tingkap tu (sekarang tingkap ni dah takder ayah..rumah kita dah berubah..) memerhatikan saya dan adik naik kereta. Emmm...kalau mak pulak biasanya dia akan berdiri kat sebelah kereta saya dan dia akan perhati sampai kereta itu hilang dari pandangan. Ayah pula hanya memandang jer tapi saya dapat rasa mesti berbakul² doa ayah untuk anak ayah ini semoga selamat dalam perjalanan.

Saya pegang tangan ayah lagi dan saya dapat rasakan getaran tangan ayah...ayah dapat rasa kehadiran anak ayah ni kan..? cuma ayah tak boleh buka mata ajerkan..?

Sabtu, 03 Jun 2000

Jam 7.00 pagi seperti biasa saya pi hospital dengan adik dan kakak untuk mengantikan abang yang penat jaga ayah di waktu malam, saya tak berani jaga orang sakit sengsorang, saya alah bau ubat² di hospital, bila duduk lama di hospital dengan bau ubat²an itu nescaya selagi saya teringat bau itu saya jadi tak lalu makan. Tak tau kenapa saya begitu.

Saya nengok ayah masih seperti semalam, saya cuba genggam tangan ayah tapi tangan ayah dah tak respon seperti semalam.

Ayah...
ayah tak sedar ker saya datang nie, saya datang melawat ayah nie...ayah buka lah matamu walau seketika..sedetik pun jadi lah....katakan lah sesuatu ayah...!

Hanya nafas yang berombak dan airmata ayah sahaja yang mengalir. Saya ambil tuala good morning dan lapkan badan ayah perlahan²...saya tak pernah buat gini sepanjang hidup saya, menitis airmata ini...saya cuba bengkokkan kaki ayah tapi dah takleh, bila saya buka kelopak mata ayah...mata ayah cam dah tak bercahaya...aduhh takutnya hati ini untuk menerima kenyataan...

ayah semakin lemah tapi saya tak berani cakap apa² dengan akak dan adik..saya diam ajer.

Sejam kemudian badan ayah dah tak terima air dan makanan yang di masukkan melalui tiup itu. Hanya dada ayah sahaja yang berombak...
Akhir nya semua abang berbincang dan atas nasihat seorang ustaz yang kebetulan berada di katil sebelah ayah..kami muafakat nak bawa ayah pulang.

Ayah...kami bawa ayah balik dengan kebenaran doktor..
Kami tak mau ayah sakit di cucuk jarum sana dan sini..
kami tak mau ayah tersiksa...
kami nak jaga ayah kat rumah..
kami harap ayah faham...

Jam 12 tengahari ayah sampai di rumah ..dan di waktu itu juga anak² ayah dan cucu² ayah duduk sekeliling.. mengadap ayah, mungkin untuk kali terakhir..siapa tahu? Dan kami memulakan bacaan yasin di ketuai oleh cucu ayah.

Sungguh sahdu dan sayu di rasakan saat itu..walaupon tengahari itu panas terik tapi terasa kedinginan yang lain dari biasa sehingga terasa meremang bulu roma ini. Bila sampai saat ketika cucu ayah baca doa selepas surah yasinn sambil tersedu sedu...airmata ini dah takleh tahan, saya nengok akak, adik dan abang juga begitu, semua mengalirkan air mata..tapi ayah nampak tenang di katil besi itu.

Kami semua nangis ayah...
Kami semua sayang ayah..
Kami semua takut kehilangan ayah....Ayah nampak kann..?
Ayah mampu membesarkan anak ayah seramai lapan orang..
Ayah mampu merawat anak ayah bila kami sakit..
Ayah mampu memberi kebahagian pada anak ayah..

Tapi anak ayah seramai lapan orang tak mampu mengubati sakit ayah...
Anak ayah lapan orang tak mampu buat apa² untuk ayah...
Anak ayah lapan orang hanya mampu melihat ayah di pembaringan itu, bertarung antara hidup dan mati..
Ampon kan kami ayah...kami tidak berdaya...telah habis usaha kami ayah, maaf kan kami..

Selepas itu anak sulung ayah lap muka ayah dengan air yassin dan suapkan ayah sesudu air itu, saya nampak ayah telan air itu, ayah minum...airmata saya bercucuran, dalam hati ini tak henti² berdoa...

"ya Allah selamatkan lah ayah ku..."

Setahu saya kalau kasi air yassin antara dua sahaja..terus baik dan sihat atau terus menemui pencipta NYA.

Ayah...
mesti dengarkan setiap minit abang bisikkan kalimah Allah di telinga ayah kan..ayah dengarkan...?
ayah..sebenarnya di saat itu kami semua dah bersedia walau apa terjadi pada ayah.
Kami redha atas ketentuan illahi (ku pujuk hati ku semoga terima)
Anak dan cucu ayah bergilir membaca al-Quran di sebelah ayah...kami mahu ayah tenang dan aman, sedara mara ayah mana yang dekat dan jauh bertali arus datang.

Jam 5.30 petang

Ayah rasa tak masa tu saya titikkan air yassin kat mulut ayah..sebab saya nengok mulut ayah kering.
Ayah rasakan jari ni menyapu bibir ayah pastu saya sapu pula muka ayah dengan air yasin.

Ayah...amponkan saya, saya sayang ayah, tu sebab saya wat gitu..
tak terniat di hati ni suruh ayah pi cepat²...
tidak ayah..kami mau ayah sembuh..
kami tak mau kehilangan ayah...
kami sayang ayah...
saya sayang ayah...
kami masih memerlukan ayah...
saya tak mau ayah pi ikut mak.

Jam 6.51 petang

Tiba² ayah terbatuk.. saya ingat ayah beransur sedar dan abang cecepat tegakkan sikit badan ayah sambil membisikkan kalimah allah, nafas ayah berbunyi kuat...pastu...

pastu telinga ini menangkap kalimah suci Allah innalillahi wainnaillahirrojiun...

Saya tak berani pandang ayah, walaupon saya berada di sebelah ayah..
saya pejamkan mata, walaupon saya di hadapan ayah,
saya hanya mampu pegang tangan ayah,
maafkan saya ayah..saya bukan tak sudi pandang ayah,
cuma saya tak sanggup hadapi segala kemungkinan..
saya tak sangup melihat pemergian ayah..
saya tak sangup..saya terus pejam mata...

Terpaku saya seketika ayah...dan bila ku buka mata ini airmata dah tak mampu bertahan.
ayah...airmata ini mengalir deras, saya tak percaya ayah dah takder...saya tak percaya ayah dah pergi sekelip mata..
Saya pegang jari ayah, masih panas..airmata ini menitik atas jari ayah, lama kelamaan jari ayah beransur² biru...
saya pandang ayah lagi...saya pandang adik...saya pandang akak...saya pandang abang pastu pandang sume² yang ada di situ..semua menangis...

Ya Allah memang benar ayah telah menyahut panggilan Illahi..
Ayah pergi jua...
ayah tinggalkan segala²...
Ayah tinggalkan kami..
Ayah tinggal kan anak² ayah..
Ayah pergi ikut mak...

Di saat cuba terima kenyataan saya rasa telinga ini berdengung kepala terus terasa berdenyut..
begitu sakit akibat menahan perasaan...
ayah...hati ini menjerit...jiwa kiter meronta...
ayah tau tak...betapa rasanya hati ini bila ayah tinggalkan begitu saja..?
Ayah tau tak..betapa peritnya jiwa ini menanggung perasaan..?
Ayah tau tak betapa sebaknya dada ini menahan rasa..?

Sepanjang malam saya duduk di sisi ayah, di tepi katil besi ini.
Dalam sendu saya mengaji..dalam duka saya berdoa.
bila di tengah malam sunyi saya sentuh tangan ayah...
aduhaiii...kenapalah tangan ayah begitu dingin, sejuk, segala² nya kaku dan beku ayah...umpama hati ini.

Malam ini...malam terakhir ayah bermalam di rumah ini dan malam terakhir ayah baring di atas katil itu..Di katil besi ini juga kali terakhir mak baring dulu....

Di katil besi ini ada memori...
Di katil besi ini ada pedih....
Di katil besi ini insan ku sayang telah pergi..
Di katil besi ini akan ku ingat sampai mati..
Arrggg...segala² nya di katil besi ini..!

Dan pagi esok...
Katil ini akan terbiar sepi...tak berpenghuni....
Terima lah kenyataan Aquil...yang hidup PASTI mati

4 Jun 2000 Ahad

Pagi itu sebelum muka ayah di tutup buat kali terakhir, kami semua mengelilingi ayah...
saya memang tak mampu bertahan...saya nangis dan nangis aja.
Saya ingat mak..mak baru tinggal kan kami dan di saat ni ayah pula ikut mak..Saya sedih ayah..
Mesti ayah tak suka lihat anak ayah nangis kan..
Saya cuba bertahan ayah..tapi tak mampu...
Saya lemah...saya tiada daya...

Dan di saat ayah dibawa turun...saya rasakan seluruh jiwa raga saya juga di bawa bersama..
saya kehilangan segalanya...saya dah tiada mak...kini tiada ayah juga...
jiwa ini terasa kosong...sekosong bilik ayah dan mak...sekosong katil besi yang dah tak berpenghuni itu..harus kan aku menjerit...?

Ayah...
Kali ni saya mampu bertahan..saya iringi ayah ke pusara.
masa mak pergi dulu di saat mak turun ajer dari rumah saya terus pengsan, tapi untuk kali ini saya mampu bertahan...
walaupon berat saya langkah kaki ini menuju pusara, saya tak mau tiada memori semasa di pusara ayah.

Dan mesti ayah nampak kan..saya dan adik berdiri tidak jauh dari pusara ayah..
Mesti ayah nampak anak dan cucu ayah sibuk menyambut dan menghulur ayah ke liang lahat.

Saya tahan airmata...orang besar takleh nangis...saya bukan budak kecik lagi...saya kena tahan...

Lepas tu mereka kambus pusara ayah..ya Allah..di saat itu saya rasa nak jerit lagi...
jangan tutup ayah...jangan timbus ayah...
ayah...saya terlalu sedih di saat itu.
Ayah nampak tak saya menyapu air mata yang menitis itu dengan selendang ini.
Ayah tau kan selendang yang saya pakai itu adalah selendang milik mak.

Ayah...
Setelah selesai semua..terlalu berat kaki ini melangkah..terlalu sebak dada nak tinggalkan ayah sengsorang...7 langkah kami meninggalkan ayah maka malaikat Mungkar & Nangkir akan datang menyoal ayah...
Kalau boleh saya takmoh tinggal kan ayah sengsorang.....

Saya sentiasa doakan semoga ayah berbahagia bersama mak di sana...
Semoga Allah tempatkan mak dan ayah di kalangan orang² yang soleh dan solehah.
Semoga..ayah dan mak aman di sana..
Ayah dan mak jangan lah risaukan saya dan adik...pandai² lah kami jaga diri dan ayah jangan risau setiap kali raya, saya dan adik akan pulang ke rumah ini..kami akan pulang melawat pusara ayah dan mak..kerana di sini lah segala memori bersama mak dan ayah bermula dan berakhir..

Raya awal tahun lepas kami berhari raya tanpa mak tapi masih ada ayah, dan mula kali ini dan seterusnya kami akan berhari raya tanpa mak dan ayah...sayu nya...pedihnya...pilunya..
semoga Allah tabahkan hati, kerinduan ini hanya Allah yang tahu..

Seandai masa dapat di undurkan...aku ku lakukan apa saja untuk membahagiakan emak dan ayah...
Tidak akan ku sia² kan walau sesaat masa untuk bersama mak dan ayah...
akan ku iya kan saja segala kata mak dan ayah...
akan ku kotakan segala kehendak mak dan ayah...

Tapi segala² telah terlambat..kekesalan ku telah terlewat...kerinduan ini semakin menghambat...

Dunia seakan bertukar...
Tiada sehari yang berlalu tanpa aku mengingati mu...
mak...ayah..kerinduan ini sentiasa menemani diri ini...salahkah aku begini..?

" Ya Allah kau ampunilah segala dosaku dan dosa ke dua ibubapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sayangi aku ketika dalam pemeliharaan mereka dari kecil. Ampunilah juga dosa orang² mukmin dan orang² muslim lelaki dan perempuan, baik hidup maupun yang telah mati. Dan jadikanlah hubungan kami semua orang muslimin selalu dalam keadaan baik, ya Allah ampuni dan kasihanilah kami, hanya Engkau yang maha pengasih...hanya Engkau yang maha besar...AMINNN"

Aku tak kenal engkau dan engkau tak kenal aku. Tapi kita tahu siapa kita di dunia ini cuma kekadang tu kita tercari2 siapa kita dlm dunia kita sendiri

Ahad, 25 Januari 2009

Kau tulang rusukku!!!

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan
pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan. ....

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah
penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari
kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan
diterima??

Khamis, 22 Januari 2009

9 Jenis Anak Syaitan

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Selasa, 20 Januari 2009

12 golongan bangkit dari kubur

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga kita berada dalam golongan orang yang beramal soleh. InsyaAllah.

Isnin, 19 Januari 2009

10 wasiat Imam Shafie

Barang siapa ynag ingin meninggalkan dunia ini dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut

  1. hak kepada diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan ,mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  1. hak kepada malaikat maut iaitu mengqada’kan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafakan daripada mereka yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah.
  1. hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah,membuang tabiat kencing merata-rata, membantu orang yang dizalimi dan memperbanyakkan solat tahajjud
  1. hak kepada munkar nakir iaitu tidak berdusta meninggalkan maksiat dan nasihat –menasihati
  1. hak kepada mizan iaitu menahan kemrahan ,banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggunp menanggung kesulitan
  1. hak kepada sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara’, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah
  1. hak kepada malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibu bapa,bersedekat ketika terang atau sembunyi dan memperelokkan akhlak
  1. hak kepada ridhwan iaitu merasa reda; denagan qada’ dan qadar Allah, bersabar mendapat bala’,bersyukur terhadap nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat
  1. hak kepada Rasul Allah iaitu berselawat keatas baginda, berpegang kepada syariat, bergantung kepada sunnah ,menyayangi para sahabat baginda dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah
  1. hak kepada Allah iaitu mengajak menusia ke arah kebaikan ,mencegah manusia daripada kemungkarang,menyukai ketaatan dan membenci memaksiatan.
 
cursor